cabaran dalam kehidupan memang selalu datang pada saat kita lemah. Namun kita jangan sesekali berputus asa.mari kawan-kawan kita terus berjuang, teruskan apa yang telah kita mulakan, jangan berhenti atau berpaling. Menjadi seorang pemenang bukan mudah tetapi tidak mustahil. Menjadi kaunselor yang unggul bukan mudah tetapi kita harus berjuang ke arah itu.. good luck..we are the champion,
Tuesday, October 26, 2010
Mengapa saya memilih bidang Kaunseling?
Dalam ruangan ini, saya ingin berkongsi satu topik yang bertajuk “mengapa saya memilih bidang Kaunseling”? semasa mengisi borang permohonan kemasukan ke Universiti, saya meletakkan kursus pendidikan bimbingan dan kaunseling sebagai pilihan yang pertama. Secara jujurnya, ia bukan kerana minat tetapi pengaruh rakan yang turut mengambil bidang yang sama di Universiti. Namun, setelah melalui beberapa semester, akhirnya timbul satu minat dalam diri saya terhadap bidang ini. Sesungguhnya, tanpa disedari secara dalamannya, banyak permasalahan dalam diri yang tidak saya sedari selama ini. Jadi, saya bersyukur kerana dapat belajar dan mendalami bidang ini. Setelah belajar banyak perkara, saya berpendapat bahawa saya perlu menolong diri saya terlebih dahulu supaya dapat menolong dan membantu orang lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment