welcome

maagreenlicious

Tuesday, November 2, 2010

Kaunseling Kelompok

setelah berakhir 14 minggu kuliah bersama dengan Prof. Malek, saya rasa banyak manfaat dan faedah yang saya dapat melalui subjek Kaunsel
ing Kelompok. Hal ini kerana saya semakin faham bagimana proses-proses kaunseling kelompok yang dikendalikan oleh "leader". Di bawah, sedikit maklumat yang saya kongsikan dengan anda semua. jika rasa berguna, boleh ambil, jika tidak pun takpa,,baca sja..free ja.
Apakah yang dimaksudkan dengan Kaunseling Kelompok?

"himpunan 2 atau lebih individu bertemu dan berinteraksi secara bersemuka, saling bergantungan antra 1 sama lain serta masing-masing sedar mengenai peranan dlm kelompok dan tujuan utamanya untuk mencapai matlamat yang telah dipersetujui bersama" (Gladding, 2003)
  • hurmm..sudah namanya kelompok, jadi mesti lebih dari 2 orang..kalau 2 orang sja bukan kelompok la namanya
  • lagi satu..dlm kaunseling kelompok (5 - 12 orang)..tak boleh kurang dan tak boleh lebih..agak2 la
  • bincang matlamat..mesti tetapkan matlamat..siapa tetapkan?? pemimpin dan ahli2.. bagaimana?? persetujuan bersama
Leader
dalam kelompok perlu ada seorang pemimpin yang akan memimpin, mengendalikan dan menggerakkan kelompok. Jadi pemimpin perlu:
  • penyayang
  • terbuka
  • fleksibel
  • mesra
  • berpengalaman
  • kemahiran organisasi
  • menguasai kemahiran dan teori kaunseling
  • dan..banyak lagi la..yang penting smua sikap yang positif
dalam kelompok kaunseling juga perlu ada kemahiran-kemahiran yang khusus yang perlu ada dalam diri seorang "leader'. antaranya ialah:
  • mendengar secara aktif
  • mendorang
  • parafrasa
  • refleksi (perasaan, isi dan pengalaman)
  • merumus (rumusan kecil, rumusan besar-keseluruhan)
  • peranan mata (drawing out, cutting off)
Huraian mengenai "drawing out"
  • seorang "leader" harus bijak iaitu menggunakan mata untuk mengawal kelompok. teknik "drawing out" digunakan untuk:
  • menarik ahli supaya bercakap, memberi pendapat dan menyoal - khas untuk ahli yang pasif dan minda tidak berada dalam kelompok
  • jadi, ia penting supaya ahli yang pasif dapat bercakap, tidak malu2 dan dapat mewujudkan suasana yang teraputik dalam kelompok
Huraian mengenai "cutting off"
  • digunakan oleh pemimpin ketika ada ahli yang bersikap mendominasi kelompok, sabotaj, melabel, dan menyatakan sesuatu yang di luar isu yang dibincangkan
  • peranan pemimpin penting - perlu bijak supaya ahli tidak terasa
  • Pemimpin perlu berhati-hati dengan ahli yang sebegini..jika perlu keluarkan ahli dari kelompok (fishball).
habis penerangan untuk itu...jadi kelebihan Kaunseling Kelompok ialah:
  • Kos efektif (menjimtkan masa, tenaga, kewangan)
  • ahli bebas kongsi masalah, pandangan dan perasaan
  • pelbagai idea
  • ahli rasa dipunyai
  • pembelajaran vicarious
ohya, dalam kaunseling kelompok juga, perlu ada proses atau peringkat2..bukan main hentam saja. lihat di bawah, saya menerangkan model 3 tahap yang dicipta oleh Jacob..ada lagi 4 tahap..kedua-dua model ini amat sesuai digunakan dalam mana-mana kelompok kaunseling.

Model 3 tahap (Jacob)
1. Tahap permulaan
  • pengenalan - bincang tentang tujuan, pelaksanaan, peraturan dan etika, content kelompok...yang penting sesi berkenalan supaya boleh masuk tahap yang seterusnya
2. Tahap Bekerja
  • kelompok fokus kepada tujuan/ matlamat yang telah ditetapkan
  • teras kepada proses kelompok - ahli dapat manfaat berada dlm kelompok
3. Tahap Akhir/ Penutup
  • penamatan kelompok
  • ahli kongsi apa yang dipelajari, bagaimana mereka berubah dan apa perancangan yang dibuat hasil dari pembelajaran dalam kelompok
  • kemungkinan memerlukan satu atau lebih sesi
hohoho..sudah expert rasanya..jadi bolehla jawab exam nanti..walaupun soalan objektif, tapi tetap berdebar-debar ne. walaupun objektif, kalau tak belajar, tetap salah tembak juga..sediakan bullet juga untuk soalan yang mengelirukan ataupun langsung tidak tahu. anyway, good luck bagi yang mengambil exam.