welcome

maagreenlicious

Friday, February 4, 2011

Roma 14:1-4 (Jangan MENGHAKIMI saudaramu..)

Terimalah org yg lemah imannya tanpa mempercakapkan pendapatnya.
yang seorang yakin, bahawa ia boleh makan segala jenis makanan, tetapi org lemah imannya hnya makan sayur-sayuran saja.
siapa yang makan, janganlah menghina org yg tidak makan dan siapa yg tidak makan janganlah menghakimi orng yg makan sebab Allah telah menerima org itu.
siapakah kamu sehingga kamu menghakimi hamba org lain? entahkah ia berdiri, entahkah ia jatuh, itu adalah urusan tuannya sendiri. tetapi ia akan terus berdiri, kerana Tuhan berkuasa menjaga dia terus berdiri.

MENGHAKIMI???
inilah kelemahan kita sebagai manusia di muka bumi ini. selalu sahaja menghakimi dan menyalahkan sesama sedangkan kita hanya manusia yang tidak layak sama sekali untuk menghakimi. telah tertulis dalam alkitab bahawa hanya Allah sahaja yang layak untuk menghakimi. marilah saudara-saudari yang kekasih, salinglah kita mengasihi sesama, menjaga hubungan persaudaraan dalam Kristus kerana kita tahu bahawa Kristus datang untuk membawa damai dan sejahtera dan bukannya peperangan dan sengketa sesama. kita tahu mengasihi orang lain amatlah sukar tetapi cubalah..berusahalah ke arah itu..
LOVE OTHERS(IT'S UR CHOICE)